Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(102:1) Sifat bermegah-megahan sesama sendiri untuk mempamerkan harta dan pencapaian telah benar-benar melalaikan kamu(dari Allah) (102:2) (Ia membuat kamu mabuk tidak sedarkan diri hingga berani mengingkari Allah dan berbuat jahat sesama manusia) sampailah kamu masuk ke dalam kubur. (102:3) Janganlah begitu,kerana kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu itu. (102:4) (Sekali lagi diingatkan),janganlah begitu, kerana kelak kamu akan benar-benar mengetahui apa yang menantimu pada Hari Kiamat. (102:5) Janganlah begitu,kerana sekiranya kamu dapat diyakinkan tentang balasan yang menunggumu,pasti kamu tidak akan berani bersikap demikian. (102:6) Sesungguhnya kamu pasti akan melihat neraka menjulang. (102:7) Selepas itu,demi sesungguhnya,kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya),