Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(106:1) Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy(penduduk Makkah); (106:2) (iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam). (106:3) Maka sepatutnya mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah)ini. (106:4) Tuhan yang menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.