Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(36:1) 1. Ya Sin (36:2) 2. Demi Al Quran yang penuh hikmah, (36:3) 3. Sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari rasul-rasul, (36:4) 4. (yang berada) diatas jalan yang lurus, (36:5) 5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (36:6) 6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai. (36:7) 7. Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (atau ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman.