Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(72:1) Katakanlah (Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan, (72:2) (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepada Al Quran. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami, (72:3) dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak mempunyai isteri dan tidak (pula) mempunyai anak. (72:4) Dan bahawasanya: orang yang kurang akal di antara kami selalu mengatakan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah, (72:5) dan sesungguhnya kami mengira, bahawa manusia dan jin itu tidak akan mengatakan perkataan yang dusta terhadap Allah. (72:6) Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki dari manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat. (72:7) Dan sesungguhnya mereka (jin) menyangka sebagaimana sangkaan kamu (manusia), bahawa Allah sekali-kali tidak akan membangkitkan seorang pun,