Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(83:1) Celakalah bagi orang-orang yang curang (83:2) (iaitu) orang-orang yang apabila menerima sukatan dari orang lain, mereka minta dipenuhi, (83:3) dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. (83:4) Tidakkah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, (83:5) pada suatu hari yang besar, (83:6) (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam? (83:7) Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang derhaka tersimpan dalam sijjin.