Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(89:1) Demi waktu fajar; (89:2) dan sepuluh malam (Zulhijjah yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (89:3) dan bilangan yang genap serta yang ganjil; (89:4) dan waktu malam apabila ia berlaku. (89:5) Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (89:6) (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad). Tidakkah engkau perhatikan,bagaimana Tuhanmu telah lakukan terhadap kaum `Aad (yang kufur derhaka) (89:7) Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan yang tinggi taingnya,(sesuai dengan penduduknya);