Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(90:1) Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini! (90:2) Dan engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas). (90:3) Demi manusia yang melahirkan zuriat ,dan zuriat yang dilahirkannya; (90:4) Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran(jasmani dan rohaninya). (90:5) Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya(dan menyeksanya)? (90:6) Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata : "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa)." (90:7) Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya ( dan mengetahui tujuan sebenarnya menghabiskan harta bendanya itu?