Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(94:1) Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah)? (94:2) Dan Kami telah meringankan daripadamu beban (untuk berdakwah dan menyiarkan Islam); (94:3) yang memberatkan tanggunganmu? (94:4) Dan Kami telah meninggikan sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (94:5) Oleh itu,maka (yakinlah) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran akan disertai dengan kemudahan, (94:6) (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran akan disertai dengan kemudahan. (94:7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).