Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(99:1) Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya; (99:2) dan bumi itu mengeluarkan segala isinya; (99:3) dan bertanyalah manusia (dengan perasaan gerun):"Apa yang sudah terjadi pada bumi?" (99:4) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar berita (tentang lagak manusia yang hidup di atasnya); (99:5) kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahnya (berbuat demikian). (99:6) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (99:7) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah,nescaya akan dilihatnya (dalam lembaran amalnya)!