Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(6:106) Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah kamu dari orang-orang musyrik. (6:107) Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukan(Nya). Dan Kami tidak menjadikan kamu sebagai penjaga bagi mereka; dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara bagi mereka. (6:108) Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan mereka tempat kembali mereka, lalu Dia memberitahukan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. (6:109) Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahawa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat, pastilah mereka beriman kepada-Nya. Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya berada di sisi Allah". Dan tahukah kamu, bahawa apabila mukjizat (ayat-ayat itu) datang, mereka tidak juga akan beriman. (6:110) Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepada Al Quran pertama kali, dan Kami biarkan mereka dalam kesesatan mereka sehingga mereka kebingungan. (6:111) "Kalau sekiranya Kami turunkan
malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang
telah mati berbicara dengan mereka dan Kami
kumpulkan (pula) segala sesuatu ke hadapan
mereka, nescaya mereka tidak (juga) akan beriman,
kecuali jika Allah mengkehendaki, akan tetapi
kebanyakan mereka tidak mengetahui. " (6:112) "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap
nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis)
manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka
membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataanperkataan yang palsu untuk menipu (manusia).
Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka
tidak mengerjakan perbuatan itu, maka
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan"