Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(38:15) Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan sahaja yang tidak ada bagi mereka untuk menyela. (38:16) Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami segerakanlah untuk kami bahagian kami sebelum hari perhitungan". (38:17) Bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia adalah orang yang mahu kembali (kepada Tuhan). (38:18) Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi, (38:19) dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan berkumpul. Masing-masing mereka mahu kembali kepada Allah. (38:20) Dan Kami kuatkan kerajaan Daud dan Kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksanaan dalam memutuskan perkara. (38:21) Dan adakah sampai kepadamu berita orang-orang yang bermusuhan ketika mereka memanjat pagar mihrab?