Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(58:15) Allah telah menyediakan bagi mereka azab yang sangat keras, sesungguhnya mereka sangat jahat dengan apa yang mereka kerjakan. (58:16) Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah; kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan. (58:17) Harta benda dan anak-anak mereka tiada berguna sedikit pun (untuk menolong) mereka dari azab Allah. Mereka itulah penghuni neraka, dan mereka kekal di dalamnya. (58:18) Pada hari Allah membangkitkan mereka semua, lalu mereka bersumpah kepada-Nya sebagaimana mereka bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka bahawa mereka akan memperoleh sesuatu (manfaat). Ketahuilah, bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta. (58:19) syaitan menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah orang-orang yang merugi. (58:20) Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan rasul-Nya, mereka itu termasuk orang-orang yang hina. (58:21) Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.