Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(76:15) Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang jernih laksana kaca, (76:16) (iaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. (76:17) Di dalam syurga itu, mereka diberi segelas minuman bercampur halia. (76:18) (Yang didatangkan dari) sebuah mata air syurga yang dinamakan salsabil. (76:19) Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda (atau kekal). Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan. (76:20) Dan apabila kamu melihat di sana (atau di syurga), nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar. (76:21) Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal, dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan mereka memberikan kepada mereka minuman yang bersih (atau suci).