Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(81:15) Maka, Aku bersumpah dengan bintang-bintang, (81:16) yang terbit dan terbenam, (81:17) demi malam apabila telah larut, (81:18) dan demi subuh apabila fajar telah menyingsing, (81:19) sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (iaitu malaikat Jibril), (81:20) yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi (Allah) yang memiliki `Arsy (81:21) yang ditaati di sana (iaitu di alam malaikat), lagi dipercaya.