Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(89:15) (tetapi manusia masih tidak menghiraukan balasan Akhirat).Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya,(ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan aku!" (89:16) Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya dengan disempitkan rezekinya,(ia tidak bersabar bahkan ia rasa gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghina aku!" (89:17) Jangan demikian,(sebenarnya kata-kata kamu itu salah).Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah,lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim,(malah kamu menahan apa yang mereka berhak menerimanya); (89:18) dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (89:19) Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), (89:20) serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba. (89:21) Jangan sekali-kali bersikap sedemikian! Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang berturut-turut dan dihancur-ratakan serata-ratanya;