(Articles)         log in  | sign up  || bookmarks  | home  | my study  | my marked words  | my marked verses  
Learn Quran - word for word meaning in English.
Surah/Ayah:
Number of verses: Next Indo-Pak Font
Get meaning of each word - Click on a word for more.
وَلَوْ قَٰتَلَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوَلَّوُا۟ ٱلْأَدْبَٰرَ ثُمَّ لَا يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا 22 سُنَّةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًا 23 وَهُوَ ٱلَّذِى كَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ عَنْهُم بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنۢ بَعْدِ أَنْ أَظْفَرَكُمْ عَلَيْهِمْ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا 24 هُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ وَٱلْهَدْىَ مَعْكُوفًا أَن يَبْلُغَ مَحِلَّهُۥ وَلَوْلَا رِجَالٌ مُّؤْمِنُونَ وَنِسَآءٌ مُّؤْمِنَٰتٌ لَّمْ تَعْلَمُوهُمْ أَن تَطَـُٔوهُمْ فَتُصِيبَكُم مِّنْهُم مَّعَرَّةٌۢ بِغَيْرِ عِلْمٍ لِّيُدْخِلَ ٱللَّهُ فِى رَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ لَوْ تَزَيَّلُوا۟ لَعَذَّبْنَا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 25 إِذْ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ ٱلتَّقْوَىٰ وَكَانُوٓا۟ أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا 26 لَّقَدْ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءْيَا بِٱلْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ ٱلْمَسْجِدَ ٱلْحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا۟ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا 27 هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرْسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلْهُدَىٰ وَدِينِ ٱلْحَقِّ لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدًا 28
Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(48:22) Dan sekiranya orang-orang kafir itu memerangi kamu, pastilah mereka berbalik ke belakang (atau kalah), kemudian mereka tidak memperoleh pelindung dan tidak (pula) penolong. (48:23) Sebagai suatu sunnatullah (atau ketetapan Allah) yang sesungguhnya telah berlaku sejak dahulu, (dan) kamu tidak akan menemukan perubahan bagi sunnatullah (atau ketetapan Allah) itu. (48:24) Dan Dialah yang menahan tangan-tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan-tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Mekah selepas Allah memenangkan kamu atas mereka, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (48:25) Mereka (orang-orang kafirlah) yang menghalangi kamu masuk ke Masjidil Haram dan menghalangi haiwan korban sampai ke tempat (penyembelihan)nya. Dan kalau tidaklah kerana lelaki-lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukmin, yang kamu tidak mengetahui mereka, bahawa kamu akan membunuh mereka, maka kesusahan akan menimpa kamu di antara mereka, tanpa pengetahuan. Kerana Allah hendak memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Sekiranya mereka terpisah, pasti Kami mengazab orang-orang yang kafir di antara mereka dengan azab yang pedih. (48:26) Tatkala (syaitan) menjadikan orang-orang yang kafir, dalam hati mereka kesombongan-kesombongan jahiliah, maka Allah menurunkan ketenteraman kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang mukmin, dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimah takwa (iaitu tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar) dan adalah mereka lebih berhak dan sangat patut memiliki dengan kalimah takwa itu. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (48:27) Sesungguhnya Allah membenarkan mimpi Rasul-Nya dengan benar, (iaitu) sungguh kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah menghendaki dengan (keadaan) aman, dengan mencukur dan memendekkan rambut kepala kamu, sehingga kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, dan Dia menjadikan selain dari itu kemenangan yang dekat. (48:28) Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama (Islam) yang hak (atau benar), kerana Dia hendak memenangkannya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.
My Progress
Name: sign in

Known Word count
As found in Quran:
0 (0%)

Unique word count
Known: 0
Underlined: 0
Highlighted: 0
Boxed: 0