Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(51:22) Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. (51:23) Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya dia sungguh benar seperti apa yang kamu ucapkan. (51:24) Apakah telah sampai kepadamu cerita tentang tetamu Ibrahim iaitu orang-orang yang dimuliakan? (51:25) ketika mereka masuk ke rumahnya lalu mengucapkan: "Selamat". Ibrahim menjawab: "Selamat juga bagi orang-orang yang tidak dikenali". (51:26) Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dia datang dengan (daging) anak lembu gemuk. (51:27) Lalu dihidangkannya kepada mereka. Kemudian Ibrahim berkata: "mengapa kamu tidak makan", (51:28) maka Ibrahim berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: "Janganlah kamu takut", dan mereka memberi berita gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (iaitu Ishak).