Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(58:22) Kamu (Muhammad) tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, mereka (tidak akan) berkasih-sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka itu adalah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau keluarga mereka. Mereka itu telah Allah tetapkan dalam hati mereka keimanan, dan Dia menguatkan mereka dengan roh (pertolongan) yang datang dari-Nya. Dan Dia memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah reda terhadap mereka, dan mereka pun reda (terhadap limpahan rahmat) dari-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah orang-orang yang berjaya.