(Articles)         log in  | sign up  || bookmarks  | home  | my study  | my marked words  | my marked verses  
Learn Quran - word for word meaning in English.
Surah/Ayah:
Number of verses: Next Indo-Pak Font
Get meaning of each word - Click on a word for more.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا 29 وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ عُدْوَٰنًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا 30 إِن تَجْتَنِبُوا۟ كَبَآئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلًا كَرِيمًا 31 وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا 32 وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَٰلِىَ مِمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَ وَٱلَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَٰنُكُمْ فَـَٔاتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدًا 33 ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَآ أَنفَقُوا۟ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ فَٱلصَّٰلِحَٰتُ قَٰنِتَٰتٌ حَٰفِظَٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ وَٱلَّٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهْجُرُوهُنَّ فِى ٱلْمَضَاجِعِ وَٱضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا۟ عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا 34 وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَٱبْعَثُوا۟ حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِۦ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَآ إِن يُرِيدَآ إِصْلَٰحًا يُوَفِّقِ ٱللَّهُ بَيْنَهُمَآ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا 35
Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(4:29) Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu saling memakan hartamu sesamamu dengan jalan yang batil (atau tidak benar),kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu. (4:30) Dan barangsiapa berbuat demikian dengan bermusuhan dan aniaya,maka akan Kami memasukkan ia ke dalam neraka.Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (4:31) Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa terlarang kamu mengerjakannya,nescaya Kami hapuskan darimu kesalahan-kesalahanmu (atau dosa-dosa kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat masuk yang terpuji (iaitu syurga). (4:32) Dan janganlah kamu dengki terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (4:33) Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu-bapa dan karib kerabat,Kami jadikan ahli warisnya,Dan (jika ada)orang-orang yang telah bersumpah setia dengan kamu,maka berilah kepada mereka bahagiannya.Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu. (4:34) Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki-lelaki)atas sebahagian yang lain (wanita),dan kerana mereka(lelaki-lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.Sebab itu maka wanita-wanita yang soleh,ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada,oleh kerana Allah telah memelihara(mereka).Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz (atau tidak taat)nya,maka nasihatlah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur,dan pukullah mereka.Kemudian jika mereka mentaatimu,maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (4:35) Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya,maka kirimlah seorang pendamai dari keluarga lelaki dan seorang pendamai dari keluarga perempuan.Jika kedua orang pendamai itu bermakaud mengadakan pembaikan,nescaya Allah memberi taufik kepada keduanya(suami-isteri) itu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengerti.
My Progress
Name: sign in

Known Word count
As found in Quran:
0 (0%)

Unique word count
Known: 0
Underlined: 0
Highlighted: 0
Boxed: 0