Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(48:29) Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia sangat keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka-muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat, lalu menjadi besarlah tanaman itu dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu mengagumkan penanam-penanamnya, kerana Allah hendak menjengkelkan mereka iaitu orang-orang kafir. Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di antara mereka dengan keampunan dan pahala yang besar.