Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(50:29) Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku (50:30) Pada hari Kami berkata kepada Jahanam: "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab: "Masihkah ada tambahan?" (50:31) Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh. (50:32) Inilah yang dijanjikan kepadamu, bagi setiap penjaga yang kembali (kepada Allah). (50:33) (iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah yang tidak kelihatan dan dia datang dengan hati yang bertaubat, (50:34) Masuklah ke dalam syurga itu dengan aman, itulah hari yang kekal (50:35) Mereka di dalam syurga itu memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahan (pula).