Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(78:29) Dan segala sesuatu telah Kami catat (atau dikumpulkan) dalam suatu kitab. (78:30) kerana itu rasakanlah. Dan Kami tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab. (78:31) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat keuntungan, (78:32) (iaitu) kebun-kebun dan buah anggur, (78:33) dan gadis-gadis yang sebaya, (78:34) dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). (78:35) Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta.