Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(38:36) Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya, (38:37) dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan (iaitu) semua ahli bangunan dan penyelam, (38:38) dan syaitan yang lain terikat dalam belenggu. (38:39) Inilah anugerah Kami; maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tanpa perhitungan. (38:40) Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik. (38:41) Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan". (38:42) (Allah berfirman): "Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum".