Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(53:36) Ataukah tidak diberitahu dia dengan apa yang ada dalam lembaran-lembaran Musa? (53:37) dan (lembaran-lembaran) Ibrahim yang dia sempurnakan? (53:38) (iaitu) bahawa orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, (53:39) dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang ia usahakan, (53:40) dan bahawasanya usaha dia itu kelak diperlihatkan. (53:41) Kemudian diberi balasan kepadanya dengan balasan yang sempurna, (53:42) dan bahawasanya kepada Tuhanmulah akhir kesudahan,