Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(74:36) sebagai peringatan bagi manusia. (74:37) (iaitu) bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju (menerima peringatan) atau mundur (tidak mahu menerima peringatan). (74:38) Tiap-tiap jiwa menggadaikan apa yang telah dia usahakan, (74:39) kecuali golongan kanan, (74:40) berada di dalam syurga, mereka saling bertanya, (74:41) tentang orang-orang yang berdosa, (74:42) "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam (neraka) Saqar?"