Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(75:36) Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban)? (75:37) Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), (75:38) kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, (75:39) lalu Allah menjadikan darinya dua pasang lelaki dan perempuan. (75:40) Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?