(Articles)         log in  | sign up  || bookmarks  | home  | my study  | my marked words  | my marked verses  
Learn Quran - word for word meaning in English.
Surah/Ayah:
Number of verses: Next Indo-Pak Font
Get meaning of each word - Click on a word for more.
وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ ٱلْأَنْهَٰرُ وَقَالُوا۟ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَىٰنَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْلَآ أَنْ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ لَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلْحَقِّ وَنُودُوٓا۟ أَن تِلْكُمُ ٱلْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 43 وَنَادَىٰٓ أَصْحَٰبُ ٱلْجَنَّةِ أَصْحَٰبَ ٱلنَّارِ أَن قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّا فَهَلْ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا قَالُوا۟ نَعَمْ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌۢ بَيْنَهُمْ أَن لَّعْنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِينَ 44 ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِٱلْءَاخِرَةِ كَٰفِرُونَ 45 وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ وَعَلَى ٱلْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّۢا بِسِيمَىٰهُمْ وَنَادَوْا۟ أَصْحَٰبَ ٱلْجَنَّةِ أَن سَلَٰمٌ عَلَيْكُمْ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ 46 وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَٰرُهُمْ تِلْقَآءَ أَصْحَٰبِ ٱلنَّارِ قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ 47 وَنَادَىٰٓ أَصْحَٰبُ ٱلْأَعْرَافِ رِجَالًا يَعْرِفُونَهُم بِسِيمَىٰهُمْ قَالُوا۟ مَآ أَغْنَىٰ عَنكُمْ جَمْعُكُمْ وَمَا كُنتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ 48 أَهَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ أَقْسَمْتُمْ لَا يَنَالُهُمُ ٱللَّهُ بِرَحْمَةٍ ٱدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمْ وَلَآ أَنتُمْ تَحْزَنُونَ 49
Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(7:43) "Dan Kami telah mencabut segala macam dendam dan kedengkian yang berada di dalam dada mereka; mengalir dari bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: ""Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami membawa kebenaran"". Dan diserukan kepada mereka: ""ltulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, disebabkan kebaikan dan keadilan yang dahulu kamu kerjakan"". " (7:44) "Dan penghuni-penghuni syurga berseru kepada penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan): ""Sungguh kami dengan sebenarnya telah memperoleh syurga yang Tuhan kami janjikan kepada kami. Maka apakah kamu juga telah memperoleh dengan sebenarnya azab neraka yang Tuhan kamu janjikan (kepadamu)?"" Mereka (penghuni-penghuni neraka) menjawab: ""Ya Betul"". Kemudian seorang penyeru (malaikat) di antara mereka (penghuni-penghuni syurga) itu menyeru: ""Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang zalim, " (7:45) " (iaitu) orang-orang yang menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan mereka menginginkan dia menjadi bengkok, dan mereka ingkar kepada kehidupan akhirat"". " (7:46) "Dan di antara penghuni syurga dan penghuni neraka ada batas dinding (atau tempat tertinggi) itu ada beberapa orang lelaki-lelaki,yang masing-masing dikenal dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru kepada penghuni-penghuni syurga: ""Salamun (ertinya: selamat sejahtera untukmu)"". Mereka belum memasuki syurga mereka, sedang mereka sangat ingin segera (memasuki syurga mereka). " (7:47) "Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: ""Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu"". " (7:48) "Dan berseru penghuni (atau tempat tertinggi) iaitu beberapa orang lelaki-lelaki yang masing-masing dikenal dengan tanda-tanda mereka dengan mengatakan kepada penghuni-penghuni neraka: ""harta benda yang kamu kumpulkan itu dan semua yang kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu"". " (7:49) (penghuni (atau tempat tertinggi) bertanya lagi kepada penghuni neraka): "Itukah orang-orang (penghuni syurga) yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?". (Allah berfirman kepada penghuni A`raf (atau tempat tertinggi): "Masuklah kamu ke dalam syurgamu, tidak ada rasa takut terhadapmu dan tidak (pula) kamu merasa sedih".
My Progress
Name: sign in

Known Word count
As found in Quran:
0 (0%)

Unique word count
Known: 0
Underlined: 0
Highlighted: 0
Boxed: 0