Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(15:50) dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih. (15:51) Dan khabarkanlah kepada mereka tentang tetamu-tetamu Ibrahim. (15:52) Ketika mereka masuk ke tempat Ibrahim, lalu mereka mengucapkan: "Salam (sejahtera)". Berkata Ibrahim: "Sesungguhnya kami merasa takut kepadamu". (15:53) Mereka berkata: "Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak lelaki (yang akan menjadi) orang yang alim". (15:54) Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (agar terlaksana) berita gembira yang kamu khabarkan ini?" (15:55) Mereka menjawab: " kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa". (15:56) Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat".