Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(19:57) Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. (19:58) Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israel, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. (19:59) Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang hodoh) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, (19:60) kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka tidak dianiaya (atau dirugikan) sedikitpun, (19:61) iaitu syurga `Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya, sekalipun (syurga itu) tidak nampak. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati. (19:62) Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam (selamat sejahtera). Bagi mereka, rezekinya di syurga itu setiap pagi dan petang. (19:63) Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.