Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(4:57) Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;untuk mereka di dalamnya disediakan pasangan-pasangan hidup(isteri-isteri) yang disucikan,dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman. (4:58) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerima amanah itu,dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan hukum itu dengan adil.Sungguh Allah memberi pengajaran yang sebaik-sebaiknya kepadamu dengan Al-Quran.Sungguh Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (4:59) Wahai orang-orang yang beriman,taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya,dan ulil amri(pemegang kekuasaan yang berpegang pada kitab Allah iaitu Al Quran dan sunah rasul iaitu hadis Nabi Muhammad) di antara kamu.Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu,maka kembalikanlah perkara itu kepada Allah(iaitu Al-Quran) dan Rasul(iaitu sunnah atau hadis Nabi Muhammad),jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan sebaik-baik kesudahan. (4:60) Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu(iaitu Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu(iaitu kitab-kitab sebelum Al-Quran)? Mereka hendak berhakim kepada Taghut (atau berhala yang disembah orang),padahal mereka telah diperintah mengingkari Taghut itu.Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka(dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (4:61) Apabila dikatakan kepada mereka : ` Marilah kepada Al-Quran yang telah diturunkan Allah kepada Rasul (iaitu hadis Nabi Muhammad",nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan halangan sekuat-kuatnya. (4:62) Maka bagaimanakah apabila musibah menimpa mereka (orang-orang munafik itu) disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri,kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah : " Demi Allah,kami sekali-kali tidak menghendaki selain kebaikan dan perdamaian yang sempurna". (4:63) Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka.Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka,dan berilah mereka pelajaran,dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada diri mereka.