Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(43:64) Sesungguhnya Allah, Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Dia, ini adalah jalan orang-orang yang lurus. (43:65) Maka berselisihlah beberapa golongan di antara mereka, lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim terhadap seksaan hari yang pedih (iaitu kiamat). (43:66) Mereka tidak menunggu kecuali kedatangan hari kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari kiamat itu. (43:67) Teman-teman akrab pada hari itu sebahagian mereka menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (43:68) Wahai hamba-hamba-Ku, tidak ada ketakutan terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih. (43:69) (Iaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan mereka dahulu orang-orang yang berserah diri. (43:70) Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan pasangan kamu digembirakan".