Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(36:71) Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya? (36:72) Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka; maka sebahagian binatang itu menjadi tunggangan mereka dan sebahagian binatang itu mereka makan. (36:73) Dan bagi mereka pada binatang-binatang ternak itu ada manfaat-manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur? (36:74) Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar mereka mendapat pertolongan. (36:75) Berhala-berhala itu tiada dapat menolong mereka; padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka. (36:76) Maka janganlah perkataan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan. (36:77) Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi musuh yang nyata!