Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(43:71) Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan dari emas dan piala-piala, dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh jiwa dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya". (43:72) Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan. (43:73) Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu, yang sebahagiannya kamu makan. (43:74) Sesungguhnya orang-orang yang berdosa kekal di dalam azab neraka Jahannam. (43:75) Tidak diringankan azab itu dari mereka dan mereka di dalam neraka Jahannam itu berputus asa. (43:76) Dan tidaklah Kami menganiaya mereka tetapi mereka adalah orang-orang yang zalim. (43:77) Mereka berseru: "Wahai malaikat Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja". dia menjawab: "sesungguhnya kamu akan tetap tinggal (di neraka ini)".