Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(62:8) Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka pasti kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia menerangkan apa yang telah kamu kerjakan". (62:9) Wahai orang-orang yang beriman, apabila dipanggil untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli (atau perdagangan). Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (62:10) Apabila solat telah diselesaikan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya. (62:11) Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka menuju kepada perniagaan atau permainan itu dan mereka meninggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.