Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(72:8) dan sesungguhnya kami (jin) telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, (72:9) dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang, barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (berita seperti itu) tentu akan menjumpai panah api (atau meteor) yang mengintai (untuk membakarnya). (72:10) Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka. (72:11) Dan sesungguhnya di antara kami ada sebahagian jin yang soleh dan ada pula sebahagian jin yang tidak soleh. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (72:12) Dan sesungguhnya kami telah menduga, bahawa kami tidak akan mampu melepaskan diri (dari kekuasaan) Allah di muka bumi dan tidak (pula) dapat lari melepaskan diri (dari)-Nya. (72:13) Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (Al Quran), kami beriman kepadanya. Barang siapa beriman kepada Tuhannya, maka tidak perlu ia takut rugi atau berdosa. (72:14) Dan sesungguhnya di antara kami ada sebahagian jin yang taat (iaitu jin Islam) dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barang siapa yang yang taat (dalam agama Islam), maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus.