Language: Malay, Translator: (please see "About" page)
(19:85) (Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai delegasi yang terhormat, (19:86) dan Kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga. (19:87) Mereka tidak berhak mendapat syafaat kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah. (19:88) Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (atau mempunyai) anak". (19:89) Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, (19:90) hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, (19:91) kerana mereka mendakwakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.